Sivasangari, Watanabe bertembung pada final Terbuka China

Sivasangari, Watanabe bertembung pada final Terbuka China

Sivasangari mudah membenam Chan Sin Yuk pada separuh akhir Terbuka China di Shanghai, China, hari ini. - Ihsan PSA Squash
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari akan menghitung pertemuan dengan jaguh Jepun, Satomi Watanabe pada perlawanan akhir Terbuka China di Shanghai, China, esok.

Bintang No. 4 dunia itu yang diletakkan selaku pilihan pertama mudah melepasi halangan wakil Hong Kong, Chan Sin Yuk yang menghuni ranking ke-30 dunia 11-3, 11-5, 11-8 dalam masa 24 minit pada separuh akhir, hari ini.

Berdasarkan rekod pertemuan, kejayaan yang dicatat Sivasangari ke atas Sin Yuk adalah kemenangan keduanya dalam Jelajah Dunia PSA.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, di pentas Asia kedua-dua pemain baru sahaja bertemu pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang menyaksikan Sivasangari menang ke atas Sin Yuk dalam acara individu, namun, anak jati Kedah itu dikejutkan oleh pemain Hong Kong tersebut dalam acara berpasukan.

Pada perlawanan akhir, Sivasangari akan berdepan pemain No. 7 dunia, Satomi Watanabe yang mengalahkan wakil Amerika Syarikat, Marina Stefanoni yang berada di ranking ke-12 dunia 11-8, 11-6, 11-8 dalam masa 31 minit.

Berdasarkan rekod pertemuan, Sivasangari memiliki kelebihan ke atas wakil Jepun itu yang diletakkan sebagai pilihan kedua menerusi rekod pertemuan 8-1. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini