Mudir sekolah agama dipilih tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang

Mudir sekolah agama dipilih tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang

HAMZAH Jaafar bersama isteri, Najihah Ahmed Pauzi pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Menggalas tanggungjawab untuk meneruskan legasi menguruskan sebuah sekolah agama yang telah berusia lebih 100 tahun bukan suatu cabaran yang mudah.

Pun begitu, Hamzah Jaafar, 65, mengambil tanggungjawab itu dengan sepenuh hati meskipun berdepan pelbagai cabaran sejak 25 tahun yang lalu.

Berkat kesabarannya, mudir serta pengasas Sekolah Agama Madrasah Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah itu akhirnya dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang, tahun ini.

Menurut Hamzah, dia menganggap anugerah yang diterimanya itu sebagai pembangkit semangat untuk terus menyebarkan dakwah melalui sekolah yang ditinggal dan diasaskan oleh moyangnya pada tahun 1896.

“Sebagai penerus legasi, saya berharap agar dapat terus berbakti dengan menyebarkan dakwah atau risalah Islam untuk generasi akan datang.

“Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar ini, mereka memerlukan jati diri yang lebih kukuh sebagai orang Islam,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Seberang Jaya, hari ini.

Selaku penerima anugerah, Hamzah membawa pulang trofi, sijil penghargaan serta wang tunai berjumlah RM7,000 yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Sementara itu, Anugerah Qudwatur Rasul diberikan kepada seorang kontraktor, Rohaime Ali manakala pensyarah kanan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nasuha Lee Abdullah pula menerima Anugerah Qudwatur Rasul Saudara Kita.

Bagi Anugerah Qudwatur Rasul Khas pula, penerimanya merupakan seorang bekas pendidik iaitu Mahamad Aziz Abdullah.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×