Guna semua saluran perangi kezaliman Zionis - Anwar

Guna semua saluran perangi kezaliman Zionis – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khutbah Jumaat bertajuk “Bangkit Membela, Teguh Bersaudara” hari ini mengingatkan umat Islam mengenai kewajipan untuk bersatu memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi rejim Zionis Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, khutbah itu turut menekankan keperluan umat Islam memanfaatkan segala saluran termasuk media, ekonomi, diplomasi dan politik dalam menentang kezaliman yang berlaku.

“Selain itu, khatib juga mengingatkan bahawa budaya buli adalah satu bentuk kezaliman yang ditegah dalam Islam kerana mencemar maruah insan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, beliau berpeluang menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Putra, Putrajaya sebelum meraikan delegasi organisasi Islam dari Indonesia sempena Majlis Cendekiawan Malaysia-Indonesia MADANI.

Katanya, pertemuan tersebut membuka ruang perkongsian pengalaman dakwah antara dua negara yang telah lama menjalinkan hubungan persaudaraan.

“Moga ikatan dan jambatan rasa yang telah terbina harus terus disambung oleh generasi pewaris demi kepentingan dua negara bersaudara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN