Rakyat Malaysia boleh tonton Piala Liga ‘percuma’ di TVS

Rakyat Malaysia boleh tonton Piala Liga ‘percuma’ di TVS

MANCHESTER United muncul juara Piala Liga edisi lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas menjadi penyiar rasmi bagi Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 dan juga Jelajah Harimau Malaya ketika menentang New Zealand, Laos dan India.

Kini, TV Sarawak (TVS) sekali lagi membawa berita gembira buat peminat bola sepak Malaysia apabila mengumumkan akan menyiarkan siaran langsung Piala Carabao atau lebih dikenali sebagai Piala Liga Inggeris (EFL) 2024/25.

Perkara itu pastinya memberi kegembiraan kepada peminat-peminat bola sepak di Malaysia di atas usaha TVS kerana Piala Carabao tidak ditayangkan di siaran televisyen swasta.

Paling menarik siaran berkenaan boleh diikuti secara percuma di saluran TVS sama ada menerusi siaran digital ataupun di atas talian.

TVS akan menyiarkan siaran langsung bermula dengan aksi suku akhir hingga perlawanan final Piala Carabao yang bakal dinikmati peminat-peminat bola sepak Malaysia serta seluruh Asia Tenggara (Asean).

Ketika ini, lapan pasukan yang akan berentap di suku akhir adalah Arsenal, Crystal Palace, Newcastle United, Brentford, Southampton, Liverpool, Tottenham dan Manchester United.

Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Kushairi Abang berkata, ini kali pertama saingan Piala Carabao dibawakan secara percuma kepada peminat-peminat bola sepak Malaysia.

“Buat pertama kalinya, TVS menerjah pasaran antarabangsa dengan membawakan perlawanan-perlawanan Piala Carabao secara percuma. Ia adalah antara kejohanan bola sepak dunia yang berprestij.

“Langkah ini membuktikan bahawa TVS komited dalam menyediakan kandungan-kandungan sukan premium, selain memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati keseronokan bola sepak Inggeris secara percuma,” katanya.

TVS turut menyediakan segmen analisis sebelum dan selepas perlawanan oleh pundit atau pakar bola sepak tempatan bagi memberi liputan menarik kepada kira-kira 7 juta peminat bola sepak di Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN