Haaland mahu penyokong City terus bersatu

Haaland mahu penyokong City terus bersatu

Penyerang Manchester City, Erling Haaland pasukan perlu kekal di atas padang, dengan sokongan penyokong menjadi elemen penting ketika mereka mengharungi tempoh penuh tekanan itu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ketidaktentuan kes pelanggaran peraturan kewangan yang membayangi Manchester City tidak seharusnya memecahbelahkan penyokong, sebaliknya penyerang sensasinya, Erling Haaland mahu seluruh warga kelab kekal bersatu ketika pasukan berdepan dua ujian besar menentang Liverpool dan Paris Saint-Germain (PSG).

Penyerang Norway itu menggesa penyokong supaya terus memberikan sokongan padu ketika City bertandang ke Anfield bagi menghadapi Liverpool esok, dalam keadaan masa depan kelab masih dibayangi kemungkinan hukuman berkaitan kes kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Haaland menegaskan tumpuan pasukan perlu kekal di atas padang, dengan sokongan penyokong menjadi elemen penting ketika mereka mengharungi tempoh penuh tekanan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa penyokong yang hadir ke Anfield bakal menikmati perlawanan ini. Kita perlu bersatu, saling menyokong dan sentiasa positif.

“Kita perlu terus tersenyum, memandang ke hadapan, berusaha memenangi setiap perlawanan dan menikmati perjalanan ini, tidak kira apa juga yang berlaku,” katanya menerusi laman web kelab.

City berdepan kemungkinan dikenakan hukuman pemotongan mata atau disingkirkan daripada EPL selepas suruhanjaya mendapati kelab itu bersalah terhadap lebih 100 pertuduhan berkaitan peraturan kewangan, dengan keputusan berkenaan kini melalui proses rayuan.

Kes itu berkait dakwaan penggunaan kontrak komersial yang tidak tulen bagi meningkatkan hasil dan mengurangkan kos melebihi 900 juta pound (RM4.8 bilion) antara 2009 hingga 2018, sekali gus meletakkan kelab itu dalam ketidaktentuan mengenai kemungkinan kesan terhadap kedudukan mereka.

Walaupun Haaland hanya menyertai City pada 2022, penyerang itu tetap menjadi antara tonggak utama pasukan ketika kelab berdepan situasi berkenaan, selepas menandatangani kontrak baharu yang mengikatnya sehingga 2034 tahun lalu.

Menjelang pertemuan di Anfield, Haaland mengakui aksi menentang Liverpool sentiasa menawarkan cabaran tersendiri, dengan keputusan lalu merangkumi kemenangan, seri dan kekalahan.

“Bermain menentang Liverpool sentiasa istimewa. Saya pernah menang, seri dan kalah di sana. Setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris itu berbeza, dan aksi menentang Liverpool sentiasa memberi rasa yang berlainan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini