Qatar lancar 'jambatan udara' hantar bantuan ke Lubnan

Qatar lancar ‘jambatan udara’ hantar bantuan ke Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Qatar melancarkan ‘jambatan udara’ untuk mengangkut bekalan perubatan dan makanan ke Lubnan, lebih dua minggu setelah serangan intensif Israel ke negara itu.

Menteri Kerjasama Antarabangsa Qatar, Lolwah Al-Khater berkata, Doha berusaha untuk melaksanakan pelan jangka sederhana dan panjang bagi menangani krisis kemanusiaan di Lubnan.

“Hari ini (Selasa) kami melancarkan jambatan udara dengan pesawat berturut-turut membawa makanan, bahan perlindungan dan bekalan perubatan,” katanya ketika lawatan ke sebuah hospital awam di Beirut, kelmarin.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Lubnan, Firass Abiad berkata, bantuan Qatar akan membantu menampung kekurangan bekalan perubatan dan sokongan lain, termasuk menjadi dorongan penting untuk ratusan ribu orang yang cedera dan dipaksa berpindah.

Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati turut sempat mengadakan pertemuan dengan Lolwah.

Sebuah pesawat Perancis yang membawa bantuan perubatan turut mendarat di Beirut kelmarin, antara bantuan yang tiba di satu-satunya lapangan terbang antarabangsa Lubnan sejak pergolakan bermula.

Selain itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turkiye, Iraq, Mesir, Jordan dan Romania juga merupakan antara negara yang menghantar bantuan ke Lubnan.

Sejak 23 September lalu, Israel melancarkan serangan udara ‘brutal’ terutamanya di kawasan Hezbollah di Lubnan, mengakibatkan lebih 1,150 orang terbunuh dan sejuta yang lain kehilangan tempat tinggal.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN