Trafik ke ibu negara sesak luar biasa pagi ini

Trafik ke ibu negara sesak luar biasa pagi ini

KEADAAN Trafik pagi tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala ke arah ibu negara pagi mengalami kesesakan luar biasa terutama di kawasan Sentul dan Wangsa Maju menyebabkan perjalanan pengguna jalan raya terganggu.

Keadaan itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja penutupan lorong di Lebuhraya Mahameru menghala ke Parlimen, sekali gus menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan di laluan alternatif menuju ke ibu negara.

Rata-rata pengguna jalan raya meluahkan rasa tidak puas hati apabila perjalanan yang kebiasaannya mengambil masa sekitar satu jam untuk sampai ke pejabat kini mengambil masa sehingga dua jam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, ada pengguna mendakwa terpaksa menghabiskan masa hampir satu jam hanya di laluan Sentul Link berikutan trafik yang bergerak perlahan.

“Mengapa Sentul Link sesak sangat hari ini, sudah 40 minit dekat sini, pukul berapa mahu sampai pejabat,” luah pengguna Thread @rajmohd1191.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini