Pemergian Abdul Gani, kehilangan besar buat negara

Pemergian Abdul Gani, kehilangan besar buat negara

ANWAR Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang meninggal dunia malam tadi. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang meninggal dunia malam tadi.

Anwar berkata, pemergian Abdul Gani merupakan satu kehilangan buat negara memandangkan Allahyarham merupakan seorang tokoh perundangan yang berani menegakkan keadilan.

“Saya akan sentiasa mengenang ketegasan Allahyarham dalam menuntut keadilan tatkala negara terheret ke dalam skandal rasuah terbesar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau teguh dengan pendirian dalam tempoh getir itu, sehingga akhirnya disingkirkan daripada jawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar turut mendoakan agar Allah SWT mengampuni dan merahmati Allahyarham serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada keluarganya dalam menghadapi kehilangan itu.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan Abdul Gani menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 malam tadi.

Allahyarham berkhidmat sebagai Peguam Negara selama lebih 13 tahun, dari 1 Januari 2002 hingga Julai 2015.

Anak kelahiran Lahad Datu, Sabah itu berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya dan memulakan kerjayanya sebagai Timbalan Pendakwa Raya sebelum memegang beberapa jawatan kanan di Jabatan Peguam Negara.

Allahyarham turut mengetuai pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum perkhidmatannya sebagai Peguam Negara berakhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini