Nika Linz ungguli Mrs International Global 2026

Nika Linz ungguli Mrs International Global 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ibu kepada dua anak dari Filipina, Nika Linz Harris, 32, dinobatkan sebagai Mrs. International Global 2026 dalam pertandingan akhir yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Kakitangan perubatan itu menewaskan lebih 30 peserta lain dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa itu.

Kemenangan itu sekali gus membuka peluang lebih luas untuknya dalam meneruskan misi kebajikan yang dirintisnya sejak tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, penubuhan Nika Linz Charitable Trust bertujuan membantu golongan memerlukan dengan memberi tumpuan kepada kanak-kanak, warga emas dan mangsa pemerdagangan manusia.

“Saya akan meneruskan Nika Linz Charitable Trust dan menggunakan gelaran ini untuk mendekati lebih ramai orang yang mahu membantu, selain mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.

Baginya, nilai sebenar sebuah kemenangan bukan hanya terletak pada mahkota yang diperolehi, sebaliknya sejauh mana gelaran itu dapat dimanfaatkan untuk memberi membantu golongan sasar.

Sejak diperkenalkan pada 2016, Mrs. International Global menjadi platform memperkasa wanita berkahwin dari pelbagai negara menerusi keyakinan diri, keberanian dan peluang mengetengahkan bakat serta berkongsi pengalaman.

Dalam edisi kali ini, peserta tertua ialah Manju Prasad, 72, dari India yang menyertai kategori klasik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini