Lima rakyat Malaysia ditahan menyeludup kokain dari KLIA ke Jepu

Lima rakyat Malaysia ditahan menyeludup kokain dari KLIA ke Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima rakyat Malaysia dipercayai menyeludup dadah lima kilogram (kg) kokain dianggarkan bernilai ¥120 juta (RM3.1 juta) ditahan pihak berkuasa Jepun di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, pada Sabtu lalu.

Empat lelaki dan seorang wanita itu dikesan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menyeludup dadah yang disembunyikan di bawah pelapik tapak kasut.

Agensi media Fuji News Network, kesemua mereka dikesan ketika pemeriksaan kastam sebaik tiba di lapangan terbang tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pegawai kastam mula mengesyaki seorang daripada suspek selepas mendapati tapak kasutnya sangat tebal.

“Pemeriksaan mendapati ada kokain disembunyikan di bawah pelapik tapak kasut dua suspek, sekali gus mendorong pegawai mengenal pasti tiga lagi individu yang dipercayai melakukan perjalanan bersama mereka.

Turut dilaporkan, ketiga-tiga individu itu turut menyembunyikan kokain menggunakan kaedah sama.

TBS News DIG pula melaporkan, suspek masing-masing membawa kira-kira 1kg kokain dengan setiap 500g disembunyikan di bawah satu pelapik kasut yang dipakai.

“Seorang daripada lima suspek dilaporkan memberitahu, mereka ditawarkan upah RM8,000 melalui aplikasi pesanan Telegram untuk membawa dadah ke luar negara,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini