Mcilroy idam tebus duka dengan emas Olimpik Paris 2024

Mcilroy idam tebus duka dengan emas Olimpik Paris 2024

RORY McIlroy
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Jaguh golf dunia, Rory Mcilroy berhasrat untuk ‘memadam’ kisah silamnya meraih gelaran terbesar dalam tempoh sepuluh tahun pada Sukan Olimpik Paris, hujung minggu ini.

Pemain Ireland Utara itu menghampiri gelaran kejohanan utama pertama sejak 2014 di Terbuka Amerika Syarikat (AS) namun terpaksa akur tewas dengan satu pukulan dengan Bryson DeChambeau.

Beliau yang terlepas cut pada Terbuka British di Scotland baru-baru ini memilih tidak beraksi ketika sukan golf tampil semula di Olimpik Rio 2016 selepas 112 tahun tidak dianjurkan.

Bagaimanapun, beliau mengubah fikiran dan menyertai Tokyo 2020 dan terpaksa menelan pahit terlepas pingat gangsa kepada pemain Taiwan, Pan Cheng Tsung.

Mcilroy meraih 17 gelaran Jelajah PGA sejak memenangi kejohanan utama terakhirnya tetapi menurutnya, emas Olimpik dianggap setahap dengan kejayaan itu.

“Ianya satu pencapaian, sudah pasti untuk tahun ini. Saya tidak menang salah satu daripada empat kejohanan utama dalam tempoh 10 tahun,” ujar Mcilroy.

Pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler akan tampil kali pertama di Olimpik manakala juara bertahan Xander Schauffele turut menjadi antara pemain pilihan selepas menjuarai Kejohanan PGA 2024 dan Terbuka British, 24 Julai lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN