Hussain didakwa tarik diri saat akhir, belum pulangkan wang deposit-Datuk Al Amin - Utusan Malaysia

Hussain didakwa tarik diri saat akhir, belum pulangkan wang deposit-Datuk Al Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkongsian Pengarah Elegant Cosmetic, Datuk Al Amin mencuri perhatian di media sosial apabila mendedahkan penyanyi, Hussain gagal memulangkan wang deposit yang diterimanya selepas menarik diri daripada membuat persembahan pada konsert Elegant Selamanya yang dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini.

Malah penganjur tersebut memaklumkan Hussein atau nama sebenarnya Hussain Jamalulail sehingga kini belum memulangkan wang tersebut selepas dituntut sejak dua minggu lalu.

“Ikutkan saya tidak mahu menjawab isu berkaitan konsert Elegant Selamanya di mana pihak seolah-olah dituduh menipu dan sengaja menggunakan populariti Hussain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika ada yang perasan, poster pertama konsert Elegant Selamanya melibatkan artis baru Hussain tetapi poster kedua fotonya tidak lagi terpampang.

“Ingin saya jelaskan di sini, Hussain juga sepatutnya terlibat kerana pihak pengurusan Hussain sudah pun bersetuju untuk sama-sama meriahkan konsert,” katanya di Thread.

Al Amin menjelaskan yang beliau kecewa dengan tindakan penyanyi tersebut yang menarik di saat akhir tanpa maklumkan awal.

“Dengan penjelasan ini, saya harap semua dah jelas, cuma saya sebagai penganjur agak terkilan dengan cara pihak pengurusan Hussain.

“Sepatutnya kalau nak tarik diri, janganlah di saat-saat akhir kerana poster sudah disebarkan, deposit juga dibayar dan persiapan oleh pihak kami telah dibuat,” ujarnya.

Beliau turut memohon maaf susulan kejadian tersebut dan memaklumkan tidak berniat mencari publisiti murahan dengan meletakkan gambar penyanyi itu pada poster konsert berkenaan.

“Saya mewakili syarikat saya dan jenama produk saya memohon maaf kepada peminat-peminat Hussain.

“Kami tidak ada niat untuk menipu atau mencari kontroversi tetapi perjanjian (deal) yang dah dipersetujui antara pihak saya dan pihak pengurusan Hussain adalah dia akan terlibat dalam konsert nanti.

“Kami tiada niat untuk mengelirukan peminat Hussain selain berharap pihak pengurusan Hussain mempercepatkan proses pemulangan deposit,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini