Signature tawar penyelesaian kediaman bersepadu

Signature tawar penyelesaian kediaman bersepadu

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature, Lau Kock Sang (tiga kiri) serta barisan pengurusan syarikat tersebut pada Majlis Pelancaran Gedung Pameran Utama di Damansara Furnishing Centre, Kayu Ara, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Signature International Berhad (Signature) memperluas perniagaannya daripada kabinet dapur premium kepada penyelesaian kediaman bersepadu menerusi pembukaan gedung pameran utama baharu, seiring usaha memenuhi permintaan pemilik rumah terhadap reka bentuk dan pengubahsuaian kediaman yang lebih menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature, Lau Kock Sang berkata, langkah itu mencerminkan evolusi syarikat selepas 32 tahun dalam industri, dengan kepakaran dalam reka bentuk dapur kini diperluas ke ruang kediaman lain menerusi konsep Kitchen & Beyond.

Menurutnya, pembukaan gedung pameran utama di Damansara Furnishing Centre, Kayu Ara, di sini, membolehkan pelanggan meneroka pelbagai penyelesaian kediaman di bawah satu bumbung, sekali gus memudahkan proses merancang dan melaksanakan projek kediaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemilik rumah kini bukan sahaja mementingkan reka bentuk dapur, malah turut mengutamakan kesinambungan reka bentuk keseluruhan kediaman serta pengalaman yang lancar daripada peringkat perancangan hingga pelaksanaan,” katanya pada majlis perasmian gedung pameran itu hari ini.

Beliau berkata, penawaran bersepadu itu merangkumi kabinet Signature, perkhidmatan pengubahsuaian Signature Reno Works, panel dinding AGMO by Signature, sistem rumah pintar Smartverse serta kelengkapan hiasan dalaman berasaskan tekstil Baagus.

“Pendekatan itu membolehkan pelanggan mendapatkan pelbagai keperluan kediaman daripada satu penyedia, berbanding perlu menyelaras urusan dengan pembekal, kontraktor dan tenaga pakar yang berbeza.

“Selepas 32 tahun, dapur kekal sebagai teras perniagaan kami. Kini, kami memperluas kepakaran itu ke ruang lain seperti bilik persalinan, ruang televisyen dan pejabat bagi memenuhi keperluan pelanggan terhadap penyelesaian kediaman yang lebih menyeluruh,” katanya.

Signature Reno Works turut menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian merangkumi kerja mekanikal dan elektrikal, pembinaan basah, kemasan dalaman serta penyeliaan projek, dengan jaminan dua tahun bagi kerja pengubahsuaian.

Dalam pada itu, Signature memperkenalkan Quiet Form, siri dapur terbaharu di bawah konsep Kontemporari Signature yang mengetengahkan reka bentuk minimalis, penggunaan bahan berkualiti serta perincian yang mengutamakan fungsi dan estetika.

Siri itu menggabungkan permukaan bertekstur, pencahayaan bersepadu dan fungsi tersembunyi, selain ditawarkan dalam tiga pilihan palet iaitu Day, Night dan Twilight bagi mewujudkan kesinambungan antara ruang dapur dengan keseluruhan reka bentuk dalaman kediaman.

Sempena ulang tahun ke-32, Signature turut melancarkan kempen di seluruh negara dari 23 Oktober hingga 29 November 2026 di bilik pameran yang mengambil bahagian.

Menerusi kempen itu, pelanggan berpeluang menikmati ganjaran tambahan bernilai RM3,000 bagi setiap perbelanjaan RM10,000 untuk tempahan khas kabinet bina dalam terpilih, dengan jumlah ganjaran sehingga RM15,000, tertakluk kepada terma dan syarat.

Pelanggan yang layak juga boleh membeli peralatan rumah terpilih, termasuk mesin basuh atau peti sejuk, pada harga serendah RM32 seunit menerusi tawaran pembelian dengan pembelian (PWP).

Selain itu, Signature bekerjasama dengan pelakon Diana Danielle sebagai duta rasmi program tukar beli 48 jam (48-Hour Trade-In Programme) sempena pembukaan gedung pameran utama baharu itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini