Israel desak 1.1 juta penduduk tinggalkan utara Gaza

Israel arah 1.1 juta penduduk tinggalkan utara Gaza dalam masa 24 jam

gaza
Api dan asap kelihatan atas bangunan di Bandar Gaza semasa serangan udara Israel, pada 13 Oktober 2023, ketika pertempuran sengit antara Israel dan pergerakan Hamas berterusan untuk hari keenam berturut-turut. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dimaklumkan bahawa Israel telah mengarahkan 1.1 juta penduduk utara Gaza untuk berpindah ke selatan wilayah itu dalam tempoh 24 jam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Tentera Israel memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa setiap orang yang tinggal di utara Wadi Gaza harus berpindah ke selatan Gaza dalam 24 jam akan datang, kata seorang jurucakap PBB.

PBB mengatakan jumlah penduduk terlibat kira-kira 1.1 juta orang – kira-kira separuh daripada penduduk seluruh Semenanjung Gaza. Kawasan yang terjejas termasuk Kota Gaza yang padat dengan penduduk.

Amaran itu diberikan sejurus sebelum tengah malam, waktu Gaza dan Baitulmaqdis.

“PBB menganggap mustahil untuk pergerakan sebegitu akan berlaku tanpa kesan kemanusiaan yang dahsyat,” kata PBB dalam satu kenyataan.

Israel telah bersiap sedia untuk serangan darat, mengumpulkan tentera, meriam dan kereta kebal di sempadan Gaza.

Ia telah melancarkan serangan udara ke atas Gaza sejak Sabtu selepas serangan mengejut militan Hamas ke atas Israel. – BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya