Bubur sum sum ganti bubur lambuk

Bubur sum sum ganti bubur lambuk

Gotong-royong menyediakan 650 bungkus bubur sum sum menggantikan bubur lambuk yang dimasak setiap kali Ramadan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Menjadi kebia­saan bagi masyarakat Felda memasak bubur lambuk sempena Ramadan, namun berbeza di Felda Lok Heng Timur di sini yang menukar menu kepada bubur sum sum untuk menye­marakkan bulan mulia ini.

Program memasak bubur sum sum dianjurkan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Lok Heng Timur, Pertubuhan Kami Anak Felda Malaysia (KAF) dengan kerjasama pihak pengurusan Felda berjaya menghasilkan seba­nyak 650 bungkus bubur.

Wakil MBFM Felda Lok Heng Timur, Amiruddin Ilias berkata, kesemua bubur tersebut diagihkan kepada setiap peneroka di Felda tersebut melalui ketua blok.

“Tujuan kita buat kelainan adalah untuk elak pembaziran jadi kita olah bubur lambuk yang menjadi tradisi tahunan dimasak setiap kali Ramadan kepada bubur sum sum.

“Bila penduduk makan akan rasa kelainan, tambahan pula bubur lambuk sangat bia­sa pada bulan Ramadan. Ini adalah usaha kita bersepakat dengan pihak Felda untuk cari idea baru untuk program ini,” katanya.

Amiruddin berkata, program memasak bubur sum sum empat periuk secara gotong-royong yang diketuai golongan belia di Felda ber­kenaan.

Katanya, usaha berkenaan juga untuk memartabatkan peranan generasi muda Felda tambahan pula warga pene­roka yang sebelum ini menjadi tonggak ramai sedang uzur. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.