Pengurus?... lebih daripada itu-TMJ

Pengurus?… lebih daripada itu-TMJ

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan hasrat untuk membantu Harimau Malaya. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bakal memainkan peranan yang lebih besar berbanding seorang pengurus bersama Harimau Malaya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram storynya hari ini, TMJ jelas mahu memberi sumbangan lebih besar kepada bola sepak negara.

Tunku Ismail yang bersama JDT lebih daripada 10 tahun yang lalu sudah memahat pelbagai kejayaan samada di peringkat domestik mahupun Asia.

TMJ memberi bayangan itu selepas memuat naik sekeping gambar sedang memegang jersi Harimau Malaya bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Pengurus? Lebih dari seorang pengurus,” tulis beliau.

Hamidin sebelum ini, memaklumkan bahawa TMJ sering memberi pandangan dan bertukar idea dengannya tentang bola sepak Malaysia.

“Tunku Ismail selalu tanya pandangan saya dalam bola sepak dan beliau juga tidak lokek berkongsi pandangan dan cadangan yang bernas.

“Kalau ada orang kata FAM dikawal pun tak betul. Sebaliknya Tunku Ismail selalu ambil berat tentang bola sepak dan banyak membantu pasukan kebangsaan,” katanya baru-baru ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya