Kontroversi babak panas filem Pulau: Tak suka tak perlu tengok - Ikmal Amry - Utusan Malaysia

Kontroversi babak panas filem Pulau: Tak suka tak perlu tengok – Ikmal Amry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tiada siapa paksa anda semua tonton. Siapa tidak suka, tidak perlu tengok. Kena bayar kot.”

Itu jawapan pelakon, Ikmal Amry apabila filem baharunya, Pulau menerima respons negatif daripada segelintir warganet gara-gara adegan panas dipaparkan menerusi trailer yang dilancarkan, baru-baru ini.

Jelas Ikmal, dia tidak terlibat dalam sebarang babak panas dan hanya membuka baju apabila diperlukan untuk babak tertentu.

“Ketika itu, isteri saya sedang sarat mengandung. Bila baca skrip, memang tidak ada babak panas. Saya sudah berkahwin, kalau boleh memang akan elakkan babak sebegitu. Kasihan isteri saya.

“Tetapi, memang ada babak buka baju untuk berenang dan sebagainya. Itu sahaja. Saya buka baju hanya untuk babak yang memerlukan. Bukan hari-hari tayang badan. Tengok skrip dan keperluan.

“Saya tahu ada adegan panas, tetapi itu tiada kaitan dengan saya. Macam inilah, kalau tidak suka, tidak perlu tonton. Saya tidak galakkan. Tetapi, jangan hukum saya sebab saya tidak buat adegan itu,” katanya.

Pulau yang bakal ditayangkan 9 Mac depan menerima kecaman pelbagai pihak yang menggesa Lembaga Penapis Filem (LPF) mengkaji semula kelulusan karya terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio itu.

Filem menampilkan gandingan pelakon seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Nam Ron dan Wan Hanafi Su mengisahkan percutian impian di pulau eksotik berubah menjadi mimpi ngeri apabila berdepan kisah mistik menyeramkan dengan kehadiran makhluk ilmu hitam yang kejam.

Dalam pada itu, Ikmal juga meminta penonton untuk menguar-uarkan pendapat positif terhadap filem tersebut.

“Kalau Pulau bagus, bagitahu kawan-kawan. Uar-uarkan. Tetapi, kalau rasa Pulau tidak bagus, diam sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.