Filipina tahan empat rakyat Israel langgar undang-undang - Utusan Malaysia

Filipina tahan empat rakyat Israel langgar undang-undang

GAMBAR fail Pulau Siargao. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Pihak berkuasa Filipina pada Isnin mengesahkan penahanan empat warga Israel di Pulau Siargao atas tuduhan melanggar undang-undang negara tersebut.

Tangkapan dibuat  susulan bantahan berbulan-bulan oleh penduduk tempatan terhadap kehadiran warga Israel di pulau pelancongan yang terletak di selatan Filipina itu.

Laporan mengenai salah laku membabitkan pelancong Israel mula tular bulan lalu. Ia menjadi tular  selepas dua warga Israel dilaporkan menyerang pemilik Cartoon Resto Cafe di Siargao. Ini kerana premis berkenaan mempamerkan bendera Palestin.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pempengaruh terkemuka Filipina turut mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap pelancong dari Israel.

Ia adalah bertujuan bagi menghentikan gangguan dan salah guna kuasa terhadap perniagaan tempatan dan peraturan negara.

Dalam siri operasi penahanan yang dijalankan oleh Biro Imigresen (BI) minggu lalu, warga Israel merupakan kumpulan warga asing terbesar dituduh melakukan pelanggaran berhubung tempoh tinggal dan aktiviti mereka di pulau itu. 

Selain warga Israel, pegawai imigresen turut menahan seorang warga Maghribi, seorang warga Australia, seorang warga Lithuania, seorang warga Nigeria dan dua warga China.

“Walaupun laporan mengenai insiden kekecohan itu tidak menyebabkan penahanan secara langsung, ia mendorong pihak kami untuk melakukan siasatan lebih terperinci terhadap individu-individu berkenaan dan status mereka di negara ini,” kata jurucakap BI, Dana Krizia Sandoval kepada Arab News. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN