Ronaldo tinggalkan United selepas Piala Dunia

Ronaldo tinggalkan United selepas Piala Dunia

ERIK Ten Hag dan Ronaldo bertegang urat di Manchester United.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo dijangka akan meninggalkan Manchester United sebaik sahaja Piala Dunia Qatar berakhir meskipun masih memiliki kontrak dengan The Red Devils sehingga Ogos 2023.

Hubungan Ronaldo dengan pengendali United Erik ten Hag serta United terus berantakan apabila kapten Portugal itu secara langsung mengkritik jurulatih dan kelab berkenaan.

Masa depan pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali itu di Old Trafford menjadi tidak menentu selepas kenyataan berani Ronaldo menerusi temu bual eksklusif di TalkTV bersama Piers Morgan.

Pemain berusia 37 tahun itu, bagaimanapun telah menerima tawaran daripada kelab Liga A Australia.

Bos Liga A, Danny Townsend berkata beliau telah menyusun strategi untuk memikat bintang Portugal tersebut.

“Dia (Ronaldo) tidak mendapat layanan sepatutnya dan tidak dihargai di United tetapi jika dia beraksi di Australia tentu sekali dia akan menerima layanan lebih baik.

“Kami mungkin tidak dapat bersaing dari segi tawaran kewangan tetapi kami boleh menawarkan perkara lain,” kata ketua eksekutif Liga Australian itu.

Bekas rakan sepasukan Ronaldo di Portugal dan United Nani kini beraksi bersama Melbourne Victory.

Terdahulu, Ronaldo mengakui dia hampir menyertai Manchester City sebelum memilih kembali bersama United pada musim panas 2021.

“Sejujurnya, hampir berpindah ke City. Mereka (City) ada bercakap dengan saya dan bos City Pep Guardiola turut berkata bahawa kelab bekerja keras mendapatkan saya.

“Tetapi anda tahu sejarah saya bersama United, hati saya tetapi segalanya berbeza,” katanya.

Ronaldo kini sedang bersiap sedia untuk beraksi di Piala Dunia Qatar dengan misi untuk memenangi trofi itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya