Cameroon bangkit ikat Serbia - Utusan Malaysia

Cameroon bangkit ikat Serbia

Barisan pemain Cameroon meraikan gol penyamaan untuk mengikat kedudukan 3-3 berdepan Serbia, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA : Cameroon mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Serbia 3-3 pada aksi kedua kumpulan G Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Al Janoub Stadium, Qatar sebentar tadi.

The Indomitable Lions yang merekodkan pencapaian terbaik mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia 1990 terlebih dahulu mengegarkan gawang Serbia menerusi jaringan Jean-Charles Castelletto pada minit ke-29.

Bagaimanapun sebelum menuju ke bilik persalinan, Serbia berjaya meledak dua gol menerusi Strahinja Pavlovic dan Sergej Milinkovic-Savic  pada masa kecederaan babak pertama untuk kedudukan 2-1 mengatasi Cameroon.

Memasuki babak kedua, Serbia semakin selesa dengan kelebihan dua gol selepas Aleksandar Mitrovic menyumbang gol ketiga pada minit ke-53.

Ketinggalan dua gol tidak melemahkan semangat Cameroon yang terus berusaha memburu gol bagi merapatkan jurang.

Pemain gantian Vincent Aboubakar membalas kepercayaan diberikan selepas berjaya merapatkan kedudukan 2-3 hasil jaringan pada minit ke-63.

Peranan Aboubakar terus terserlah apabila dia membantu rakan sepasukan Eric Maxim Choupo-Moting untuk meledak gol penyamaan tiga minit kemudian. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya