Penyokong TFC bergotong-royong : Siapkan kain rentang

Penyokong TFC bergotong-royong : Siapkan kain rentang kata-kata semangat

PENYOKONG Terengganu bergotong-royong menyiapkan kain rentang tertera kata-kata semangat kepada pemain menjelang perlawanan akhir Piala FA di Kampung Wakaf Dua, Marang, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Bahang final Piala FA semakin terasa buat penduduk Kampung Wakaf Dua di sini yang akan menzahirkan sokongan buat Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu ini.

Bagi memeriahkan suasana di stadium nanti, lebih 50 penyokong dari kampung tersebut bergotong-royong menyiapkan 10 kain rentang pelbagai saiz dengan kata-kata semangat buat pasukan Sang Penyu.

Salah seorang penyokong, Muda Mat Ali, 60, berkata, inisiatif itu merupakan acara wajib penduduk Kampung Wakaf Dua setiap kali TFC melangkah ke perlawanan akhir Piala FA atau Piala Malaysia.

“Selain kehadiran kira-kira 120 penduduk kampung ini ke SNBJ, kain rentang ini adalah antara cara kami memberi sokongan kepada pasukan kesayangan iaitu TFC.

“Sebanyak RM500 dibelanjakan penduduk bagi menyiapkan kain rentang ini yang turut disertai penyokong TFC dari pelbagai lapisan umur termasuk golongan wanita.

“Selain itu, kami juga sudah menyediakan dua ekor lembu untuk dikorbankan jika trofi Piala FA berjaya dibawa pulang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, seorang lagi penyokong, Norhashida Endut, 39, berkata, penduduk Kampung Wakaf Dua menjanjikan sokongan padu kepada Sang Penyu yang kali terakhir bergelar juara pada 2011.

Menurutnya, walaupun tidak ramai namun kehadiran 120 penduduk ke SNBJ diharap dapat dibalas dengan keputusan positif untuk menumbangkan pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kami sangat teruja kali ini setelah gagal dalam percubaan untuk mendakap Piala Malaysia empat tahun lalu di Stadium Shah Alam,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya