China rekod kes pertama cacar monyet - Utusan Malaysia

China rekod kes pertama cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China merekodkan kes pertama cacar monyet membabitkan seorang pengunjung yang baru-baru ini memasuki negara itu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan di bandar Chongqing, individu terbabit menunjukkan gejala ketika menjalani kuarantin bagi Covid-19.

Di bawah pelaksanaan dasar sifar Covid-19 di China, individu yang memasuki negara itu harus melengkapkan tempoh kuarantin antara satu hingga dua minggu ketika ketibaan.

Suruhanjaya Kesihatan dalam satu laporan memaklumkan pesakit cacar monyet itu didiagnosis selepas mengalami beberapa gejala termasuk ruam kulit.

Suruhanjaya itu turut mengkategorikan kes itu sebagai `jangkitan import’.

“Pesakit itu ketika ini sedang menjalani pengasingan di sebuah hospital dan berada dalam keadaan stabil.

“Disebabkan pesakit itu sudah diasingkan serta-merta apabila memasuki bandar, tiada kesan penularan sosial dan risiko penularan adalah rendah,” jelas laporan itu.

Minggu lalu, Hong Kong melaporkan kes pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki berusia 30 tahun yang menunjukkan gejala semasa menjalani kuarantin Covid-19 selama tiga hari di bandar itu ketika ketibaan.

Pegawai kesihatan berkata, pesakit itu tidak mempunyai hubungan dengan komuniti, justeru risiko penularan dalam kalangan penduduk Hong Kong adalah `amat rendah’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya