Nikah Siam: Ambil iktibar konflik dihadapi pasangan terdahulu - Utusan Malaysia

Nikah Siam: Ambil iktibar konflik dihadapi pasangan terdahulu

AHMAD Marzuk Shaary (kanan) bersama Abdul Latif Abdul Rahman memeriksa kelengkapan persekolahan untuk diagihkan kepada penerima di Dewan MDD, Manek Urai Baru, Kuala Krai, Kelantan. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Orang ramai dinasihatkan mengambil iktibar daripada pelbagai konflik dihadapi pasangan terdahulu selepas memilih untuk bernikah di Thailand menggunakan khidmat ejen tidak bertauliah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, paling utama, isu keabsahan pernikahan dari sudut hukum syarak yang bakal memberi masalah kepada anak-anak.

“Jadi pilihlah cara yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan supaya tidak berbangkit isu sebegini atau banyak lagi masalah lain di masa akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk memudahkan urusan, gunalah saluran yang betul mengikut undang-undang ditetapkan pihak berkuasa agama negeri atau wilayah masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan Program Jom Ke Sekolah 2022 Kawasan Parlimen Kuala Krai membabitkan 300 penerima di Dewan Majlis Daerah Dabong (MDD), Manek Urai Baru, di sini.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Fauzi Mohamad.

Baru-baru ini Utusan Malaysia melaporkan menjelang pembukaan sempadan negara yang dijangka berkuat kuasa 1 Mac depan, ejen nikah Siam sudah tidak menang tangan menerima tempahan pasangan yang mahu berkahwin di Thailand.

Turut didedahkan, kegiatan menggunakan khidmat jurunikah dan wali angkat yang ‘diimport’ dari Thailand masuk ke negeri ini untuk menikahkan pasangan tertentu berikutan pintu sempadan masih belum dibuka setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini