MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam temu bual dengan Utusan Malaysia menegaskan penglibatan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kegiatan dadah mengancam keselamatan negara. Malah ia merosakkan imej institusi pertahanan jika dibiarkan berleluasa.
Katanya, ia adalah satu perkara yang sangat malang kerana bukan saja melibatkan soal anggota yang tidak amanah, tidak berintegriti tetapi maruah dan kepercayaan rakyat terhadap pasukan menjadi taruhan
Persoalannya, bagaimana kemudahan yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan pertahanan negara boleh dieksploitasi oleh sindiket penyeludupan dadah? Lebih penting, sejauh mana kegiatan seumpama ini berlaku tanpa dikesan?
Tentera bukan sekadar sebuah organisasi yang memiliki senjata, pesawat dan kelengkapan canggih. Ia merupakan institusi yang dibina atas disiplin, kesetiaan, kepatuhan kepada arahan serta semangat patriotisme.
Setiap anggotanya memikul amanah besar untuk mempertahankan negara, bukannya mengkhianati kepercayaan rakyat demi keuntungan peribadi. Lebih malang mereka yang terlibat terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.
Jika benar terdapat anggota yang bersekongkol dengan sindiket jenayah, perbuatan itu bukan sahaja mencemarkan nama baik TUDM, malah mengundang persoalan serius tentang keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pemantauan keselamatan institusi berkenaan.
Kita tidak boleh membiarkan kes ini dilihat sekadar kesalahan individu tanpa meneliti kelemahan sistem yang mungkin membuka ruang kepada kegiatan tersebut.
Jika masih ada kelemahan pengawasan, maka ia perlu dipertingkat segera supaya segala ketirisan dikenal pasti dan diperbaiki segera.
Bagaimana pemeriksaan keselamatan boleh gagal mengesan pergerakan bahan terlarang? Adakah prosedur operasi standard dipatuhi sepenuhnya atau terdapat pihak yang menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk melepasi kawalan?
Dalam hal ini, tindakan tegas tidak boleh terhenti kepada anggota bawahan yang ditangkap. Siasatan mesti menjangkau seluruh rangkaian, termasuk dalang utama, pembiaya dan individu yang mungkin mempunyai pengaruh dalam sindiket berkenaan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan bahawa polis telah mengenal pasti ketua sindiket yang masih diburu.
Pada masa sama, kerajaan dan kepimpinan tertinggi ATM perlu menjalankan audit keselamatan secara menyeluruh terhadap penggunaan aset, pergerakan logistik serta akses ke kawasan strategik. Sistem pemantauan juga perlu diperkukuh supaya tiada ruang untuk kemudahan negara disalah guna.
Kita tidak mahu insiden ini menjadi permulaan kepada hilangnya keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan. Kepercayaan yang dibina puluhan tahun boleh musnah hanya kerana segelintir individu yang sanggup menggadaikan amanah demi wang dan kepentingan sendiri.
Namun, dalam ketegasan mengambil tindakan, prinsip keadilan tetap perlu dipelihara. Mereka yang masih disiasat tidak boleh dihukum melalui persepsi sebelum proses perundangan diselesaikan.
Hakikatnya, ancaman terhadap keselamatan negara tidak semestinya datang daripada musuh yang menceroboh sempadan. Ada kalanya ancaman paling berbahaya muncul apabila mereka yang diberikan tanggungjawab mempertahankan negara sendiri menjadi sebahagian daripada masalah.
Musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan lebih berbahaya daripada musuh yang nyata. Sudah terbukti, banyak peradaban dan kuasa besar dunia hancur disebabkan musuh dalaman. – UTUSAN
Aznan Bakar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn Bhd
Awasi musuh dalam selimut

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved