Lelaki warga Iraq ditahan disyaki bunuh wanita Somalia

Lelaki warga Iraq ditahan disyaki bunuh wanita Somalia

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis menahan seorang lelaki warga Iraq selepas dipercayai menjadi suspek utama pembunuhan wanita Somalia, semalam.

Penahanan lelaki berusia 25 tahun dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada pukul 11.20 malam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner, Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang bekerja sebagai pembantu restoran ditahan di Jalan Ampang Putra, hasil risikan polis.

Menurutnya, suspek juga disahkan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

“Siasatan lanjut juga menemui pisau yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Susulan penahanan suspek, kes ini berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Farouk, suspek akan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” jelasnya.

Semalam, wanita warga Somalia itu ditemukan maut dipercayai dibunuh di hadapan sebuah kedai di Jalan Memanda 2, di sini, selepas dilihat bertengkar dengan seorang lelaki.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya