Pelajar tingkatan satu hilang selepas kencing dalam semak

Pelajar hilang selepas buang air kecil dalam semak

MUHAMMAD Iznun Al Azim Mahadi pelajar hilang selepas mahu buang air kecil di sebalik semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan, Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang tanpa jejak selepas dikatakan mahu membuang air kecil di sebalik semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi di sini, malam Isnin lalu.

Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, 13, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Kuala Krai pada mulanya melepak bersama dua rakan di hadapan rumah pada pukul 9 malam.

Kira-kira sejam kemudian, remaja yang mesra dipanggil Azim itu memberitahu rakan-rakanya dia ingin membuang air kecil lalu pergi ke sebalik semak namun tidak muncul-muncul semula sehingga awal pagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, terdahulu mangsa meminta izin ibunya untuk keluar rumah bermain telefon bersama dua rakan baiknya yang berumur 17 dan 15 tahun kerana dalam rumah mereka tiada capaian internet.

“Kemudian, lebih kurang pukul 10 malam, Azim memberitahu ingin kencing namun sehingga pukul 10.30 malam dia tidak muncul semula. Ibunya menyedari mangsa tidak pulang ke rumah pada pukul 3 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, pada pukul 10 pagi keesokan, abang mangsa cuba mengesan adiknya melalui isyarat telefon milik mangsa namun apabila tiba di lokasi iaitu di sebatang pokok besar berhampiran anak sungai, isyarat tiba-tiba hilang.

Sehubungan itu katanya, keluarganya segera melaporkan kejadian tersebut dan operasi mencari mangsa digerakkan pada pukul 9 pagi ini membabitkan 24 anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain bantuan Unit Pengesan K9. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya