Lelaki rebah ketika bersarapan di restoran, baru sahaja dapatkan suntikan dos penggalak - Utusan Malaysia

Lelaki rebah ketika bersarapan di restoran, baru sahaja dapatkan suntikan dos penggalak

ANGGOTA polis menerusi satu gambar tular dalam media sosial sedang memeriksa seorang lelaki tidak sedarkan diri ketika sedang bersarapan dekat sebuah restoran di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tular dalam media sosial satu kejadian melibatkan seorang lelaki dipercayai meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang bersarapan dekat sebuah restoran di Bukit Sentosa, Rawang pagi tadi.

Menerusi gambar yang turut tersebar dalam aplikasi mesej Whatsapp itu, lelaki berkenaan didakwa baru sahaja mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 sebelum rebah dipercayai akibat sakit jantung.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik itu juga, ambulans dan polis tidak lama kemudian tiba di tempat kejadian.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia masih menunggu makluman daripada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk pengesahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya