Gadis OKU hilang di HKL, keluarga mohon bantuan  - Utusan Malaysia

Gadis OKU hilang di HKL, keluarga mohon bantuan 

GADIS OKU hilang ketika membuang sampah di HKL, Kuala Lumpur semalam. Orang ramai yang menemuinya diminta menghubungi nombor tertera atau mana-mana balai polis berhampiran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang wanita merayu bantuan daripada orang ramai bagi mencari adiknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam.

Roslidiwati Borhanudin, 33, berkata, adiknya, Johani Borhanudin, 26, keluar bersama ibu untuk membuat rawatan susulan di HKL namun dia hilang daripada pandangan ketika sedang membuang sampah.

Menurutnya, sebelum ke hospital, adik keempat daripada enam beradik itu mengamuk di rumah di Pelangi Damansara, Petaling Jaya dan dia yang berasa tidak sedap hati kerap menghubungi ibunya untuk memastikan keadaan terkawal.

“Emak beritahu Ani (nama panggilan Johani) tidak mahu duduk dekat ketika sedang menunggu untuk mengambil ubat. Dia mahu duduk jauh-jauh dan emak biarkan sahaja dia duduk jauh sikit tetapi masih dalam pandangan mata.

“Emak nampak dia buang sampah bekas makanan ke dalam tong sampah dan ketika menoleh sekali lagi, dia sudah tiada. Emak terus hubungi kami adik-beradik minta segera datang ke HKL untuk mencarinya tetapi sehingga hari ini tidak jumpa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut Roslidiwati, mereka sekeluarga bimbangkan keselamatan Ani memandangkan dia merupakan pesakit sistemik lupus eritematosus (SLE) atau lupus dan juga seorang perempuan yang keseorangan di luar sana.

“Kami sudah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara selain membuat aduan di HKL sendiri.

“Sehingga tengah hari ini, kami belum menerima apa-apa maklumat mengenai Ani. Perkongsian mengenainya yang dibuat di Facebook sejak semalam juga tidak mendatangkan sebarang hasil,” jelasnya.

Sehubungan itu, dia memohon bantuan orang ramai untuk menghubunginya di talian 018-313 9808 sekiranya ada menemui Ani.

“Kali terakhir dia keluar rumah semalam, dia memakai baju blouse berbintik (polkadot), berseluar biru dan selendang berwarna krim.

“Ani tidak membawa apa-apa bersamanya dan kami mohon sekiranya sesiapa menemui Ani, sila hubungi kami segera,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya