Enam suspek belasah warga asing hingga mati serah diri - Utusan Malaysia

Enam suspek belasah warga asing hingga mati serah diri

SHAFIEN Mamat beramah mesra dengan jemaah selepas solat Jumaat di Masjid Kubang Batang, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kesemua enam suspek yang diburu berkaitan kes membelasah seorang warga asing hingga mati di sebuah jeti pendaratan ikan di Tok Bali, di sini pada awal bulan lalu telah ditahan polis.

Keenam-enam suspek berusia antara 17 hingga 28 tahun, termasuk pasangan adik-beradik ditahan selepas mereka menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, pagi semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, semua suspek berasal dari Kampung Haji Pak Omar, Pasir Puteh, tampil di IPD tersebut selepas gambar mereka disiarkan media dan telah ditahan reman tujuh hari bermula semalam.

“Saya mengucap terima kasih kepada semua media kerana dengan membantu pihak polis. Kita berharap dengan tertangkapnya semua suspek, kes ini dapat diselesaikan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Imarah Masjid Ar Rahman Mukim Kubang Batang dan penyampaian sumbangan bakul makanan, di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, mayat seorang lelaki warga asing ditemukan dalam keadaan bogel, dipercayai akibat dibelasah dan diseret berhampiran sebuah jeti pendaratan ikan di Tok Bali di sini pada 3 November lalu.

Susulan itu, enam suspek ditahan manakala enam lagi diburu bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN