Pulanglah, bapa bimbang keselamatan anak gadis 18 tahun hilang - Utusan Malaysia

Pulanglah, bapa bimbang keselamatan anak gadis 18 tahun hilang

BATRISYIA MUHAMMAD SYAFIQ JABRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang bapa bimbang keadaan keselamatan anak perempuannya berusia 18 tahun yang hilang sejak semalam.

Muhammad Syafiq Jabri Abdullah, 47, berkata, anak bongsunya itu, Nurbatrisyia hilang dari rumah bekas ibu mentuanya di Felda Jelai 4, di sini.

Ujarnya, sejak dimaklumkan kehilangan tersebut, dia berusaha mencari di beberapa tempat namun masih tidak menemukan gadis itu.

“Ini kali pertama anak saya menghilangkan diri seperti ini. Saya bimbang dengan keselamatannya lebih-lebih lagi dia perempuan dan terdedah kepada bahaya.

“Kami baru sahaja pulang dari Kudat, Sabah pada 10 Oktober lalu, setelah tersekat di sana selama lima bulan susulan larangan merentas negeri. Saya telah membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, nenek kepada remaja tersebut, Siti Ujamsah Jayus, 63, berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV), cucunya itu didapati keluar dari rumah pada pukul 5 pagi semalam dengan menunggang basikal.

“Malam sebelum itu, ada berlaku sedikit salah faham namun kami tidak menyangkakan Batrisyia ambil tindakan seperti itu.

“Saya rayu supaya dia pulang. Dari semalam kami tidak lena tidur memikirkan di mana dia pergi. Jika ada salah faham, terguris hati, kami sudah maafkan dan pulanglah semula,” katanya sambil berharap sesiapa yang ternampak akan cucunya itu supaya segera menghubungi balai polis berhampiran.

Menurut Siti Ujamsah, Batrisyia seorang cucu yang baik dan ringan tulang kerana sering membantunya di kedai makan yang diusahakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.