Kenderaan DGIRT bantu percepat tindakan di lokasi bencana

Kenderaan DGIRT bantu percepat tindakan di lokasi bencana

SYED IBRAHIM SYED NOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kenderaan Defence Geospatial Information Rapid Team (DGIRT) diperkenalkan sebagai projek perintis bagi mempercepat penyampaian maklumat geospatial di lapangan dalam menyokong operasi pertahanan, keselamatan dan pengurusan bencana.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kenderaan itu dilengkapi pelbagai peralatan geospatial bagi membantu mendapatkan maklumat lapangan yang lebih tepat, sekali gus mempercepat tindakan agensi berkaitan ketika berdepan insiden kecemasan.

“Ini merupakan projek perintis dan saya percaya kenderaan ini dapat membantu kita mendapatkan maklumat yang lebih tepat di lapangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia juga mempercepatkan tindakan dengan membolehkan pasukan turun ke lokasi bencana dengan lebih pantas serta menyegerakan pengumpulan data dan maklumat untuk tindakan susulan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Pertahanan Geospatial 2026 di Wisma Perwira, di sini hari ini.

Syed Ibrahim berkata, kenderaan yang dihasilkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu masih baharu, namun peralatan dan instrumen yang digunakan telah dimanfaatkan sebelum ini, antaranya ketika insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

“Bezanya, sebelum ini kita belum mempunyai sebuah kenderaan khusus yang menggabungkan semua peralatan berkenaan.

“Kini, dengan adanya gabungan peralatan, motosikal elektrik dan dron, usaha mengenal pasti situasi di lokasi bencana dapat dilakukan dengan lebih tepat,” katanya.

Menurut beliau, pembangunan kenderaan berkenaan adalah hasil pengalaman menghadapi insiden bencana sebelum ini, selain mengambil kira penggunaan pelbagai aplikasi oleh agensi berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Saya percaya pembangunan kenderaan ini merupakan hasil daripada pengalaman menghadapi insiden bencana sebelum ini selain mengambil kira penggunaan pelbagai aplikasi oleh agensi berkaitan termasuk NADMA dan agensi-agensi lain,” katanya.

Dalam ucapan perasmiannya, Syed Ibrahim berkata, maklumat geospatial bukan sekadar berkaitan pemetaan, sebaliknya merupakan aset strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan, memelihara kedaulatan serta meningkatkan keberkesanan operasi keselamatan.

Beliau berkata, maklumat yang tepat, bersepadu dan terkini penting bagi menyokong proses membuat keputusan, meningkatkan kesedaran situasi serta memastikan operasi keselamatan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Katanya, pembangunan keupayaan geospatial turut merangkumi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan penerokaan Environmental Intelligence (EI) atau kecerdasan persekitaran.

“Kerjasama antara agensi awam dan tentera penting bagi memastikan penyelarasan tindakan dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan negara, termasuk ketika melaksanakan operasi bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini