Puspakom mulakan operasi pemeriksaan berkala di Kajang

Puspakom mulakan operasi pemeriksaan berkala di Kajang

PUSPAKOM Kajang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) memulakan operasi perkhidmatan Pemeriksaan Berkala dan Pemeriksaan Ulangan Berkala bagi kenderaan komersial ringan di cawangan baharunya di Kajang. 

Perkembangan ini menandakan fasa kedua operasi di fasiliti berkenaan, sekali gus memperluaskan rangkaian perkhidmatan pemeriksaan yang tersedia kepada pelanggan.

Pelaksanaan secara berfasa ini mencerminkan komitmen Puspakom untuk memperluaskan kapasiti pemeriksaan dan meningkatkan kemudahan akses pelanggan di sekitar kawasan Kajang-Semenyih. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, dengan pemeriksaan kenderaan komersial kini tersedia, pengendali di Kajang, Semenyih, Beranang, Bangi dan kawasan sekitarnya mempunyai pilihan tambahan untuk memenuhi keperluan pemeriksaan kenderaan mereka.

“Pencapaian ini mencerminkan usaha dan komitmen pasukan kami dalam memastikan fasa operasi seterusnya di Puspakom Kajang dapat dilaksanakan mengikut perancangan. 

“Sejak dibuka, cawangan Kajang menerima sambutan yang menggalakkan. 

“Kami akan terus memperkenalkan perkhidmatan selebihnya secara berperingkat, dengan Pemeriksaan Awalan dan Pemeriksaan Ulangan Awalan bagi kenderaan komersial ringan dijadualkan bermula pada 23 November 2026,” kata dalam kenyataan. 

Pembukaan fasa kedua itu menyusuli pengenalan perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Persendirian pada 5 Oktober 2026, apabila Puspakom Kajang mula beroperasi secara berperingkat. 

Sejak dibuka, cawangan ini telah merekodkan purata sebanyak 350 Pemeriksaan Kenderaan Persendirian sehari, iaitu kira-kira 40 peratus lebih tinggi berbanding purata pemeriksaan harian yang sebelum ini dikendalikan oleh cawangan Pandan Mewah yang kini telah ditutup.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 87 tempahan bagi Pemeriksaan Kenderaan Komersial Ringan telah direkodkan bagi tempoh 28 hingga 30 Oktober 2026.

“Ia terdiri daripada 63 tempahan Pemeriksaan Berkala dan 24 tempahan Pemeriksaan Ulangan Berkala, berdasarkan data tempahan setakat 28 Oktober 2026.

“Fasa seterusnya bagi pelaksanaan operasi Puspakom Kajang dijadualkan bermula pada 23 November 2026, apabila Pemeriksaan Awalan dan Pemeriksaan Ulangan Awalan bagi kenderaan komersial ringan dijangka bermula. 

“Pelaksanaan ini akan memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan pemeriksaan yang tersedia di cawangan berkenaan, sekali gus melengkapkan pelaksanaan tiga fasa yang diumumkan ketika pembukaan Puspakom Kajang pada awal bulan ini,” katanya. 

Pendekatan berfasa itu membolehkan perkhidmatan diperkenalkan mengikut kesiapsiagaan operasi di samping memperluas akses kepada pelanggan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini