PRN Melaka: PKR tidak lihat penyertaan Bersama sebagai ancaman

PRN Melaka: PKR tidak lihat penyertaan Bersama sebagai ancaman

SYED IBRAHIM SYED NOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PKR tidak melihat penyertaan parti Parti Bersama (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai ancaman sebaliknya bersedia menghadapi persaingan bagi mendapatkan sokongan pengundi.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, setiap parti politik berhak untuk bertanding dan PKR perlu bersedia menghadapi persaingan termasuk sekiranya parti terbabit menyasarkan segmen pengundi yang sama.

“Secara umumnya semua orang berhak untuk bertanding. Jadi sebagai mana-mana parti politik kita kena bersedia untuk lawan, soal segmen pengundi yang sama ataupun tidak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa itu sebahagian daripada strategi-strategi parti masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hari Pertahanan Geospatial di Wisma Perwira, hari ini.

Beliau ditanya sam ada penyertaan Bersama dilihat sebagai ancaman kepada Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Melaka.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkata, pengundi mempunyai kebijaksanaan untuk menilai keupayaan calon, parti serta gabungan yang bertanding bagi menentukan kemampuan mereka mentadbir Melaka.

“Saya percaya pengundi boleh menilai dengan bijaksana untuk melihat keupayaan calon, keupayaan parti masing-masing, gabungan parti itu untuk mentadbir dalam konteks PRN Melaka mentadbir negeri.

“Dalam mana-mana pilihan raya, ia adalah festival demokrasi. Jadi sudah tentu lebih meriah itu lebih baik supaya ada lebih pilihan. Tetapi rakyatlah yang paling pandai untuk menilai nanti,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, terdapat pelbagai pandangan berhubung pemilihan calon termasuk keperluan menampilkan muka baharu dan calon berpengalaman.

Katanya, PKR melihat gabungan kedua-dua kategori itu sebagai sesuatu yang baik, khususnya bagi memastikan wakil rakyat dapat memainkan peranan masing-masing.

“Saya rasa banyak pihak ada pelbagai pandangan berbeza. Ada yang kata muka baru, ada yang kata nak muka berpengalaman. Jadi saya rasa ini kena ada campuran.

“Muka baru tidak bermakna kurang berpengalaman. Muka baru mewakili orang baru, dia mewakili orang muda, Gen Z dan sebagainya.

“Jadi dia ada keupayaan, ada kelebihan-kelebihannya. Saya rasa itu adalah kepelbagaian yang baik,” katanya.

Syed Ibrahim berkata, calon yang dipilih juga perlu memahami tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan pemimpin sekiranya memperoleh mandat daripada pengundi.

“Saya rasa untuk tujuan Melaka dan negara kita, kita perlukan muka-muka baru supaya mereka ini boleh juga berperanan sama.

“Tetapi dia mesti fahamlah apa maksud sebagai wakil rakyat. Apa maksud sebagai pemimpin? Kalau betul menang, buat kerja, berkhidmat dengan baik,” katanya.

Justeru, beliau berharap wakil rakyat muka baharu PKR yang bertanding di bawah PH pada PRN Melaka dapat memainkan peranan penting sekiranya dipilih rakyat.

“Ini yang kita mahukan. Jadi saya harap wakil-wakil muka-muka baru kami yang bertanding di bawah Pakatan Harapan nanti di Melaka ini boleh mainkan peranan yang penting begitu,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini