Pertikaian Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, Kerajaan bayar RM155 Juta

Pertikaian Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, Kerajaan bayar RM155 Juta

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar penyelesaian sekali bayar RM155 juta kepada Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. (BHPSB) bagi menyelesaikan pertikaian tuntutan susulan penamatan kontraknya untuk projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah pada 2019.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Jemaah Menteri bersetuju dengan pembayaran itu selepas kontrak berkenaan ditamatkan.

“Jemaah Menteri pada 19 Disember 2018 secara prinsip telah bersetuju untuk menamatkan Perjanjian PDP dengan BHPSB dengan mengguna pakai klausa 28 Perjanjian (Penamatan atas Kepentingan Negara).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selaras keputusan tersebut, Notis Penamatan bertarikh 22 April 2019 telah dikeluarkan bagi menamatkan Perjanjian PDP berkuat kuasa pada 22 September 2019,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN-Kota Belud) yang meminta pecahan bersih fi pengurusan sebanyak 5.5 peratus dibayar kepada rakan pelaksana projek (PDP), selain jumlah serta pecahan kos yang boleh dibayar balik dan bayaran lain.

Sebagai timbal balik, Nanta Linggi berkata, yuran pengurusan perlu dibayar oleh kerajaan dengan kadar 5.5 peratus seperti yang telah dipersetujui.

“Kadar itu berdasarkan peratusan daripada kos pembinaan, kos operasi, reka bentuk kejuruteraan dan lain-lain seperti dalam kontrak,” katanya.

Beliau berkata, sejumlah RM700.99 juta dibayar kepada BHPSB sepanjang tempoh syarikat itu berperanan sebagai PDP, selaras dengan kontrak yang dimeterai.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak RM66.917 juta termasuk cukai adalah fi pengurusan yang dikira berdasarkan kadar 5.5 peratus daripada bayaran kemajuan kepada kontraktor pakej kerja.

“Sejumlah RM634.073 juta (termasuk cukai) pula merupakan bayaran imbuhan balik yang merangkumi perbelanjaan operasi sebanyak RM146.389 juta, perbelanjaan modal sebanyak RM16.638 juta, bayaran kepada perunding sebanyak RM448.360 juta serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM22.686 juta,” katanya.

BHPSB dilantik menerusi perjanjian bertarikh 11 April 2016 antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan syarikat itu bagi menguruskan Fasa 1 projek berkenaan, meliputi kira-kira 706 kilometer dengan 35 pakej kerja.

Keputusan menggunakan model PDP dibuat oleh Majlis Ekonomi pada 24 Ogos 2015 sebagaimana yang dilaksanakan bagi projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak dan projek Transit Aliran Massa (MRT). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini