Rangka disangka T.rex dilelong RM36.7 juta

Rangka disangka T.rex dilelong RM36.7 juta

HAIWAN karnivor dari Zaman Kapur Akhir itu ditawarkan pada harga permulaan sekurang-kurangnya AS$6 juta (RM24.5 juta).- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Rangka fosil dinosaur yang sebelum ini disangka sebagai Tyrannosaurus rex (T.rex) muda dilelong pada harga sehingga AS$9 juta (RM36.7 juta).

Diberi gelaran ‘Jodi’, rangka setinggi kira-kira tiga meter itu dilelong oleh Sotheby’s di New York pada Selasa. Lelongan itu diadakan setahun selepas penyelidik mengesahkan fosil berkenaan tergolong dalam genus dinosaur yang berbeza.

Haiwan karnivor dari Zaman Kapur Akhir itu ditawarkan pada harga permulaan sekurang-kurangnya AS$6 juta (RM24.5 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

Julai lalu, Sotheby’s menjual rangka Tyrannosaurus rex yang digelar ‘Gus’ pada harga rekod AS$50.1 juta (RM204.8 juta).

Penjualan rangka Jodi berlangsung ketika sebahagian komuniti saintifik masih memperdebatkan kewajaran menjual fosil dinosaur kepada pemilik persendirian.

Sotheby’s menyifatkan rangka itu sebagai spesimen berkualiti tinggi yang sesuai untuk dipamerkan, dengan kira-kira 191 bahagian tulang fosil. Rangka berkenaan turut mempunyai tengkorak yang hampir lengkap dan terpelihara dengan baik.

Sotheby’s berkata, Nanotyrannus itu merupakan satu daripada hanya tiga rangka seumpamanya yang diketahui oleh saintis. 

Rangka berkenaan juga yang pertama ditawarkan untuk jualan sejak kewujudan genus itu disahkan penyelidik Amerika Syarikat (AS) pada Oktober tahun lalu.

Tyrannosaurus rex dan Nanotyrannus dipercayai hidup pada tempoh geologi yang sama, kira-kira 67 juta tahun lalu.

Rangka Jodi pada asalnya dipamerkan sebagai fosil T.rex muda di pameran seni antarabangsa Frieze Masters di London pada Oktober 2023, sebelum Nanotyrannus diklasifikasikan sebagai genus berbeza.

Fosil itu ditemukan seorang penternak, Jodi Pierson di tanah miliknya di Montana, di tapak geologi yang dikaji secara meluas di Formasi Hall Creek.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini