KUALA LUMPUR: “wajahnya penenang jiwa.”
Demikian kata pelakon dan usahawan, Betty Benafe yang melayangkan pujian terhadap keperibadian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Kata Betty, sikap Siti yang menyenangkan membuatkan ramai yang selesa dan berebut bergambar bersama penyanyi tersohor itu.
“Inilah namanya legenda penggiat seni.
“Walau di mana dia berada, suaranya menjadi penyemangat, wajahnya penenang jiwa yang goyang dan menyejukkan mencari dakapan,” katanya di laman Thread.
Pemilik penuh Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe itu bertemu Siti sewaktu majlis tahlil Allahyarham Tun Hasmah baru-baru ini.
Katanya lagi, beliau terinspirasi dengan sikap penyanyi berkenaan yang merendah diri.
“Itulah dia pemilik jiwa yang merendah seperti padi, makin berisi makin menunduk, tabarakallah ya habibti,” katanya lagi. – UTUSAN











