Tukang cuci bunuh rakan dihukum gantung sampai mati

Tukang cuci bunuh rakan ke tali gantung

C. PUNAVESWARAN (tengah) dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh rakannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang tukang cuci dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakannya, tiga tahun lalu.

Hakim Nurulhuda Nur’Aini Mohamad Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, C. Punaveswaran, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap kes pihak pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Nurulhuda berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Mahkamah telah meneliti nota keterangan dan membaca hujahan bertulis difailkan oleh kedua-dua pihak.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Puvaneswaran, didakwa menyebabkan kematian kenalannya, G. Ganesh di Jalan Kuala Klawang, Hulu Langat antara pukul 12.30 pagi hingga 6.05 pagi pada 24 Julai 2018.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Heikal Ismail memanggil seramai 11 saksi pendakwaan manakala pembelaan diwakili peguam, Datuk Sheelan Arjunan mengemukakan dua saksi pembelaan.

Kes itu pertama kali didakwa pada 26 Ogos 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya