Undi18 dijangka selesai selewat-lewatnya 31 Disember ini - Utusan Malaysia

Undi18 dijangka selesai selewat-lewatnya 31 Disember ini

PEMILIH berdaftar terkini yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah seramai 21,113,234 orang. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun (Undi18) dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada 31 Disember 2021.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SPR pada mulanya menjangkakan Undi18  diselesaikan selewat-lewatnya pada September 2022.

“SPR menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil tindakan termasuk menangani isu-isu yang berkaitan ini akan dapat diselesaikan seterusnya melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada September 2022.

“Walaupun dengan kekangan dan kekurangan, SPR komited untuk memastikan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2021 selaras dengan keputusan semakan kehakiman isu Undi 18 di Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September 2021,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

Tambahnya, SPR sedang melakukan pelbagai persiapan untuk melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

“Persiapan yang sedang dilaksanakan oleh SPR ini adalah meliputi pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dan penyediaan sistem serta infrastruktur bagi pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

“Di samping itu, SPR juga telah mengenal pasti beberapa tindakan yangperlu dilaksanakan sebelum pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik seperti membuat semakan maklumat bakal pemilih,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya