Tiada sebab Kit Siang perlu bimbang pelantikan Muhyiddin - Utusan Malaysia

Tiada sebab Kit Siang perlu bimbang pelantikan Muhyiddin

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebab pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang bimbang terhadap pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Muhyiddin telah memainkan peranannya dengan baik dan perkara itu terbukti dengan rekod kejayaan menangani Covid-19 sebelum ini.

“Hakikatnya, kerajaan membuat keputusan yang betul melantik Muhyiddin mengepalai MPN. Hasil-hasil perancangan Muhyiddin sudah mula dirasai hari ini. Peratusan yang mendapat vaksin adalah tinggi dan terus meningkat sehingga bekalan vaksin kita mencukupi.

“Muhyiddin arahkan supaya RM530 billion diagihkan untuk bantu rakyat dan ini jumlah yang amat besar. Bukan macam DAP yang mahukan rakyat bersyukur sebab dapat RM30 sahaja. Malah perniagaan kecil dan sederhana juga mendapat pelbagai bantuan dalam usaha memulihkan ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful mengulas kenyataan Kit Siang yang menyuarakan keraguan terhadap Muhyiddin yang mempengerusikan MPN yang menurutnya bertanggungjawab terhadap lonjakan kes kematian Covid-19 sebelum ini.

Dalam pada itu, Wan Saiful membidas kenyataan DAP yang menentang usaha kerajaan memperketat syarat membenarkan orang asing menetap di Malaysia dengan mengemaskini Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan kononnya mendakwa langkah itu akan berlaku ‘mass exodus’ orang-orang asing yang kaya.

“Soalannya dari negara mana mereka yang DAP nak permudahkan masuk ke negara kita ini? Apa agenda sebenar DAP pertahankan mereka? Ini lebih patut kita bimbang.

“Saya sendiri berpandangan memang kita mahu pelabur asing datang ke Malaysia termasuk melalui MM2H. Tapi biarlah dengan syarat-syarat yang ketat supaya tiada salah guna dan mencapai matlamatnya,” jelas beliau. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya