Kaji pengeluaran lesen memandu kepada warga emas

Kaji pengeluaran lesen memandu kepada warga emas

AZISMAN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan agar kerajaan mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas.

Cadangan itu dibuat susulan hasil kajian Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman mendapati peningkatan umur ketika memandu penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, keadaan itu berlaku kerana masalah kesihatan dihadapi pemandu berusia.

Kata beliau, golongan berkenaan terdedah kepada penyakit seperti alzheimer, masalah mata dan lain-lain.

“Secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya dan terdapat kes sebelum ini seorang warga emas memandu kenderaan dengan memasuki lorong motosikal,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, dekat sini hari ini.

Tambah Azisman, warga emas juga perlu menjalani pemeriksaan doktor dan mendapat surat pengesahan bahawa mereka sihat untuk memandu.

“Kerajaan perlu meneliti dan mengkaji berhubung pengeluaran lesen memandu kepada golongan warga emas.

“Jika seseorang warga emas berusia 70 tahun memperbaharui lesen memandu bagi tempoh lima tahun ia tidak sesuai sama sekali kerana faktor usia,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau turut mencadangkan kepada kerajaan agar mengeluarkan satu polisi untuk motosikal yang berkuasa rendah tidak mengeluarkan bunyi bising.

Katanya polisi berkenaan diperlukan kerana rata-rata motosikal berkuasa rendah diubahsuai sehingga mengeluarkan bunyi bingit dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya