Nama Malaysia Street di Gaza sempena Hari Kemerdekaan Ke-64 Malaysia - Utusan Malaysia

Nama Malaysia Street di Gaza sempena Hari Kemerdekaan Ke-64 Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
GAZA: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi ‘hadiah’ paling besar Palestin buat Malaysia bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-64 tahun ini.
Dalam catatan terbaharunya di Facebook, beliau berkata, sebahagian tanah Palestin kini dinamakan dengan nama negara kita, Malaysia.
Menurutnya, Malaysia Street ini terletak di salah sebuah jalan penting di tengah bandar Gaza, berdekatan himpunan universiti, bangunan-bangunan kerajaan dan agensi antarabangsa di sini.
“Pemilihan lokasi ini menandakan penghargaan terhadap persaudaraan dan solidariti kita bersama mereka. Perasmian jalan pagi tadi disempurnakan dengan kehadiran Datuk Bandar Gaza, Dr. Yahya As-Sarraj dan Pengarah MyCare di Gaza, Dr. Ziad Shehadah serta rakan-rakan media tempatan.
“Tahniah Malaysia! Kita sudah bertapak di Palestin,” katanya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya