Australia, Kanada, UK berpotensi negara penempatan semula pelarian Rohingya

Australia, Kanada, UK berpotensi negara penempatan semula pelarian Rohingya

PELARIAN Rohingya membeli buah pinang di sebuah pasar di kem pelarian Kutupalong, Bangladesh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Australia, Kanada dan United Kingdom (UK) antara negara berpotensi dipertimbangkan sebagai destinasi penempatan semula pelarian Rohingya dari Malaysia menerusi mekanisme penempatan semula antarabangsa.

Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Hairunnisa Zakaria berkata, negara berkenaan mempunyai pengalaman serta rekod menerima pelarian Rohingya.

Beliau berkata, rekod UNHCR menunjukkan lebih 4,300 pelarian dari Malaysia telah ditempatkan semula ke Australia sejak 2010 hingga Februari 2015 sekali gus membuktikan pengalaman negara itu dalam menerima pelarian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, penempatan semula ke negara ketiga bukan proses yang boleh dilaksanakan secara unilateral oleh Malaysia kerana tertakluk kepada kesediaan dan persetujuan negara penerima.

“Proses ini turut bergantung kepada kuota penempatan semula tahunan, dasar imigresen, prosedur tapisan keselamatan serta keutamaan kemanusiaan setiap negara.

“Justeru, Malaysia perlu memperluas kerjasama diplomatik dan rundingan antarabangsa kerana tanggungjawab menangani krisis pelarian tidak seharusnya dipikul oleh negara ini secara bersendirian,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. 

Mengulas mengenai kecenderungan komuniti Rohingya terhadap masa depan mereka, beliau berkata, dapatan kajian bertajuk Komuniti Etnik Rohingya di Malaysia dan Kesan terhadap Keselamatan Nasional Malaysia menunjukkan perancangan mereka tidak seragam.

Katanya, bagaimanapun terdapat responden yang menyatakan kesediaan untuk kembali ke Myanmar sekiranya keadaan di negara asal benar-benar pulih, aman dan stabil serta menjamin keselamatan dan hak mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini