Reformasi pendidikan perlu beri manfaat kepada murid

Reformasi pendidikan perlu beri manfaat kepada murid

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan Fadhlina Sidek bergambar bersama para pelajar pada Majlis Peluncuran Prakarsa AI Pendidikan Negara AI Temu AI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya, semalam. – BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kejayaan reformasi pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan be­rapa banyak perubahan fi­zikal dilakukan di sekolah te­tapi sejauh mana ia meningkatkan kualiti pem­belajaran, ke­selamatan dan pembentukan akhlak murid.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, reformasi pendidikan perlu berteraskan perubahan yang benar-benar memberi manfaat kepada murid dan bukannya sekadar penambahbaikan kosmetik seperti pemasangan papan pintar atau penyaman udara di sekolah.

Menurut beliau, perubahan paling penting perlu bermula di dalam bilik darjah kerana itulah ruang paling asas yang membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan dan dirasai oleh murid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keberkesanan perubahan itu perlu dilihat menerusi peningkatan pencapaian akademik, pembentukan akhlak serta tahap keselamatan murid ketika berada di sekolah,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian NYALA KPM 2026 di sini, semalam.

Katanya, inisiatif itu adalah platform menghargai ki­sah reformasi yang dilaksa­nakan oleh sekolah tanpa mengira lokasi, termasuk sekolah pe­dalaman, bandar dan pinggir bandar.

Fadhlina berkata, penggu­naan instrumen Standard Kua­liti Pendidikan Malaysia (SKPM) Kualiti@Sekolah atau SK@S yang dipantau Jemaah Nazir membolehkan pencapaian serta kecemerlangan sekolah diukur berdasarkan pe­nanda aras ditetapkan.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, beliau mahu peranan Jemaah Nazir diperkasakan sebagai pembimbing yang membantu meningkatkan martabat guru dan kecemerla­ngan sekolah bukan sekadar bertindak mengesan kesila­pan.

Menurutnya, Jemaah Nazir perlu menjadi suri teladan dalam profesion pendidikan dengan memberikan bimbi­ngan serta panduan kepada warga sekolah.

“Reformasi pendidikan juga tidak boleh bergantung kepada individu yang menerajui kementerian sebaliknya perlu menjadi budaya dalam keseluruhan ekosistem pendidikan negara.

“Setiap perubahan perlu dinilai dan ditambah baik secara berterusan bagi memastikan tiada murid tercicir daripada mendapat peluang pendidikan,” katanya.

Katanya, reformasi pendi­dikan juga tidak boleh bergantung kepada individu yang menerajui kementerian sebaliknya perlu menjadi budaya dalam keseluruhan ekosistem pendidikan negara.

Jelasnya lagi, reformasi perlu terus dilaksanakan me­lalui keberanian menilai dan memperbaiki kelemahan bagi memastikan setiap perubahan membawa hasil kepada murid serta tiada anak tercicir daripada peluang pendidikan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini