Seramai 151 penduduk di Perak dipindahkan akibat banjir

151 penduduk di Perak dipindahkan akibat banjir

KEADAAN banjir di Kampung Parit Simpang Empat, Alor Pongsu dekat Bagan Serai, Perak, hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 151 penduduk daripada 47 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di Perak hari ini berikutan banjir di penempatan masing-masing.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 10 pagi tadi, seramai 107 mangsa daripada 33 keluarga di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang.

“Mereka terdiri daripada 40 perempuan dewasa, lelaki dewasa (30), kanak-kanak lelaki (21) dan kanak-kanak perempuan (16) dari Kampung Sungai Rentaka, Kampung Melawati, Kampung Jebong Kiri, Kampung Changkat Baru dan Kampung Tebuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, seramai 13 orang daripada empat keluarga terdiri daripada enam perempuan dewasa, empat lelaki dewasa dan tiga kanak-kanak perempuan pula ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Padang Gajah, Trong dalam daerah LMS.

Beliau memberitahu, kesemua mangsa adalah dari Kampung Sungai Nyior, Padang Gajah, yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Jelasnya, seramai 20 penduduk daripada tujuh keluarga di daerah Kerian ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak selepas Kampung Matang Tengah dan Kampung Simpang Lima, Alor Pongsu dinaiki air.

“Mereka terdiri daripada masing-masing tujuh lelaki dan perempuan dewasa, empat kanak- kanak perempuan dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan,” katanya.

Di daerah Hilir Perak pula, seramai 11 orang daripada tiga keluarga terdiri daripada masing-masing tiga lelaki dewasa, perempuan dewasa dan kanak-kanak perempuan serta dua kanak-kanak lelaki.

Menurutnya, mereka dari Kampung Batu 8 Changkat Jong dan Lorong Sidang Osman ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya