Pengerusi koperasi bergelar Datuk ditahan berkaitan rasuah RM16 juta - Utusan Malaysia

Pengerusi koperasi bergelar Datuk ditahan berkaitan rasuah RM16 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengerusi anggota lembaga pengarah sebuah koperasi hartanah bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai menerima rasuah dianggarkan RM16 juta. 

Sumber berkata, lelaki itu dipercayai menerima sogokan tersebut daripada seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Tan Sri melalui syarikat miliknya. 

Jelasnya, sogokan dalam bentuk wang dan barangan berharga itu disyaki sebagai balasan melantik syarikat pemaju tersebut bagi projek usahasama yang dijalankan di tanah-tanah milik koperasi bagi tujuan pembangunan.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang esok. 

“Lelaki itu akan berhadapan dengan lebih 160 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] (AMLATFA 2001) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] (AMLATFAPUAA 2001),” katanya di sini hari ini. 

Tambah sumber, suspek bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Julai depan. 

Difahamkan, penahanan suspek  berdasarkan siasatan dan operasi yang dijalankan oleh SPRM  pada Ogos tahun lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya