Kebun musang king: SPRM ambil keterangan lapan pekebun - Utusan Malaysia

Kebun musang king: SPRM ambil keterangan lapan pekebun

ANTARA pekebun yang hadir ke pejabat SPRM Raub bagi memberikan keterangan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan lapan pekebun durian berhubung isu penanaman pokok itu di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui berkata, kesemua pekebun berkenaan hadir ke pejabat SPRM Raub bagi memberikan keterangan bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang ini.

“Kesemua mereka memberikan kerjasama penuh dan memberikan keterangan dalam suasana yang baik.

“Tiada pekebun yang ditahan SPRM setakat ini dan semua berjalan dengan baik,” katanya di sini hari ini.

Yu Hui memberitahu, dalam isu tersebut kesemua pekebun terbabit turut diwakili peguam yang dilantik.

Kira-kira 15,000 pokok durian musang king yang ditanam di kawasan HSK Batu Talam dimusnahkan dalam masa sembilan hari Operasi Pamah sejak 3 Julai lalu.

Pada masa ini Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah memulakan aktiviti menanam pokok hutan yang dianggarkan berjumlah 20,000 pokok bagi menggantikan durian musang king. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN