Bayi kritikal dipercayai terjatuh kolam - Utusan Malaysia

Bayi kritikal dipercayai terjatuh kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bayi lelaki berusia 12 bulan dilaporkan kritikal selepas dipercayai terjatuh dalam kolam buatan sendiri di rumah keluarganya di Bandar Tasik Kesuma, Beranang di sini semalam.

Ini susulan laporan diterima polis daripada pihak Hospital Kajang pada pukul 9.11 pagi selepas bayi itu dibawa untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, ketika kejadian, mangsa yang sebelum itu tidur di ruang tamu manakala bapanya tidur di dalam bilik dan ibu serta nenek mangsa memasak di dapur.

Katanya, ibunya menyedari ketiadaan mangsa dan mencari di sekitar rumah sebelum ditemukan separuh tenggelam dalam kolam buatan sendiri di kawasan rumah.

“Mangsa dipercayai merangkak keluar ke halaman rumah melalui pintu utama yang tidak berkunci sebelum terjatuh ke dalam kolam itu.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke poliklinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Kajang dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Tunku Azizah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zaid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Suresh di talian 017-4333795 atau 03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.