Sambutan hari lahir jadi kenangan terakhir – Ibu

Sambutan hari lahir jadi kenangan terakhir – Ibu

IBU kepada anggota Maritim Malaysia yang meninggal dunia ketika mengikuti operasi, Hamidah Abd. Kadir (kanan) sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis, semalam. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sambutan hari lahir ke-41 Laskar Kanan Maritim (Teknikal), Mohd. Roshaimi Mohd. Ridzuan yang diraikan pada 11 September lalu menjadi kenangan terakhir sukar dilupakan.

Ibunya, Hamidah Abd Kadir, 63, berkata, anak lelakinya itu tidak pernah menyambut hari lahir di rumahnya sebelum ini, namun kali ini Mohd. Roshaimi meraikan bersama.

Katanya, sambutan hari lahir tersebut turut disusuli dengan sesi bergambar beramai-ramai malah ia menjadi antara kena­ngan paling bermakna buat me­reka sekeluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…
ALLAHYARHAM MOHD. ROSHAIMI MOHD. RIDZUAN

“Mohd. Roshaimi (Allahyarham) seorang anak yang baik dan kenangan bersama itu akan sentiasa terpahat di dalam ingatan saya. Dia tidak pernah me­ngadakan sambutan hari lahir di rumah mak cik sebelum ini.

“Tahun ini, tiba-tiba dia hendak sambut hari lahir dan mera­kamkan gambar ramai-ramai.

“Semasa sambutan itu, Mohd Roshaimi turut meluahkan keinginan bagi menaikmati kek keju dan meluangkan masa bersama keluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini semalam.

Terdahulu, media melaporkan, seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera ketika menjalankan operasi di perairan Sungai Padang, di sini.

Isteri Mohd. Roshaimi, Sajaratul Akmal Abdul Shukor, 41, pula berkata, meskipun masih terkejut dengan kejadian me­nimpa suaminya itu namun dia reda menerima ujian itu.

Katanya, dia dan suami juga sudah lebih 14 tahun menjalani perkahwinan jarak jauh (PJJ).

Sajaratul berkata, suaminya tidak menunjukkan sebarang pe­rubahan sebelum ini dan ke­kal ceria seperti biasa.

“Sebelum keluar mengikuti operasi, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kekal ceria seperti biasa. Saya mengetahui mengenai kejadian selepas dihubungi oleh salah seorang kenalan suami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini