Maritim Malaysia pandang serius insiden anggota maut ketika operasi - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia pandang serius insiden anggota maut ketika operasi

AHLI keluarga anggota Maritim Malaysia yang meninggal dunia ketika operasi di Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memandang serius kejadian yang mengakibatkan seorang anggota maut ketika operasi pemantauan dan kawalan sempadan di perairan Kuala Sungai Padang.

Maritim Malaysia yang mengesahkan kejadian yang mengakibatkan seorang anggota meninggal dunia manakala tiga lagi mengalami kecederaan itu memaklumkan sedang mendapatkan maklumat lengkap berhubung kes berkenaan.

Ia bagi memastikan segala fakta berkaitan insiden dapat disahkan sebelum sebarang penjelasan lanjut diberikan kepada umum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, satu sidang media rasmi akan diadakan pada pukul 3 petang ini di Ibu Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis, bagi memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian,” katanya.

Maritim Malaysia menghargai keprihatinan semua pihak dan memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan serta sensitiviti keluarga anggota terlibat.

Terdahulu, media melaporkan seorang anggota Maritim Malaysia maut manakala tiga lagi rakan setugasnya dilaporkan cedera ketika menjalankan operasi di perairan Sungai Padang, di sini tengah malam tadi.

Mangsa, Laskar Kanan Maritim (Teknikal), Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan meninggalkan seorang isteri serta dua cahaya mata masing-masing berusia 14 dan 11 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini