RIM sokong Dana Ekonomi Oren perkasa industri muzik - Utusan Malaysia

RIM sokong Dana Ekonomi Oren perkasa industri muzik

Dana Ekonomi Oren
Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menyambut baik keputusan Jemaah Menteri menubuhkan Dana Ekonomi Oren bagi memperkukuh industri muzik tempatan serta membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni untuk mengembangkan kerjaya di dalam dan luar negara.

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, penubuhan dana itu mencerminkan komitmen kerajaaan dalam mengiktiraf peranan industri muzik sebagai sektor ekonomi yang mampu menjana pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan serta memperkenalkan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Menurutnya, industri muzik rakaman Malaysia mencatatkan hasil tertinggi sebanyak RM428.3 juta pada 2025, sekali gus menunjukkan potensi sektor itu untuk terus berkembang menerusi pelaburan dalam bakat tempatan, penerbitan muzik dan peluasan pasaran antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pembangunan industri muzik bukan hanya bergantung pada artis, malah turut melibatkan penulis lagu, penerbit muzik, syarikat rakaman dana golongan profesional yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan, memasarkan serta memperluas capaian karya tempatan.

Sehubungan itu, RIM berharap Dana Ekonomi Oren dapat membuka lebih banyak peluang pembangunan bakat, menggalakkan pelaburan dalam penerbitan muzik tempatan dan memperkukuh perlindungan harta intelek bagi memastikan industri berkenaan terus mampan serta berdaya saing.

RIM turut berharap pelaksanaan dana itu dapat dilakukan menerusi kerjasama erat antara kerajaan dengan pihak berkepentingan industri bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati seluruh ekosistem muzik, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap muzik serantau dan antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini